Bulan Teknologi MARDI
15 Mei - 15 Jun 2009 , BULAN TEKNOLOGI MARDI
 
 
  Penghargaan

KEMENTERIAN PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI (MOA)
Peneraju dalam bidang pertanian menuju era globalisasi dan transformasi dengan perancangan yang menyeluruh dalam merealisasikan Dasar Pertanian Negara.
INSTITUT PENYELIDIKAN DAN KEMAJUAN PERTANIAN MALAYSIA (MARDI)
Menjana, membangun dan memindahkan pengetahuan, teknologi pendahulu, kompetensi dan perkhidmatan teknikal bagi menyokong pencapaian matlamat kerajaan mentransformasikan pertanian dan industri asas tani kepada sektor yang komersil dan berdaya saing.
JABATAN PERTANIAN (DOA)
Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti dan efisien kepada petani, usahawan dan pihak
swasta yang berkaitan dengan teknologi pertanian, industri asas tani serta khidmat perundangan
yang menyumbang kepada peningkatan Produktiviti Pertanian Negara.
JABATAN PERIKANAN (DOF)
Mengurus dan membangunkan sektor perikanan negara secara mapan, dinamik dan berdaya
saing berasaskan maklumat saintifik dan perkhidmatan berkualiti.
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR (JPV)
Menjana pertubuhan industri ternakan yang mantap bagi membekal makanan yang bermutu
dan selamat daripada hasilan ternakan untuk kegunaan negara dan eksport.
AGRO BANK
Mengatur, memberi, menyelia dan menyelaraskan bantuan kredit bagi maksud-maksud pertanian
di Malaysia.
LEMBAGA PERTUBUHAN PELADANG (LPP)
Membangunkan pertubuhan peladang sebagai pemberi perkhidmatan yang berkesan ke arah
ahli peladang komersil.
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN KEMUBU (KADA)
Memaju, menggalak, membantu dan mengusahakan pembangunan ekonomi dan sosial kawasan
Kemubu.
LEMBAGA KEMAJUAN IKAN MALAYSIA (LKIM)
Memperbaiki kedudukan sosio-ekonomi nelayan dengan penumpuan kepada peningkatan
pendapatan, memperkembangkan dan memajukan perusahaan perikanan negara.
LEMBAGA PEMASARAN PERTANIAN PERSEKUTUAN (FAMA)
Mengawal, mengkoordinasi dan memperbaiki serta membangunkan pemasaran hasil-hasil
pertanian.
LEMBAGA KEMAJUAN PERTANIAN MUDA (MADA)
Membangunkan industri padi yang moden di Malaysia, cekap dan mapan serta penggerak utama
pembangunan sosio-ekonomi masyarakat peladang di dalam kawasan MUDA.
LEMBAGA PERINDUSTRIAN NANAS MALAYSIA (LPNM)
Mengawal, menyelaras serta memajukan industri asas negara ke peringkat global.


MUAT TURUN
Jadual Aktiviti Sepanjang Bulan Teknologi Pertanian
 
Copyright © 2009 Anjungnet All Rights Reserved.